+++++++++++++++++++
kelihatan kedua-dua pasukan mula masuk ke padang utk memanaskan badan dan hati pihak lawan....pasukan naning rovers memanaskan badan betul2 di tepi warung kak lijah manakala pasukan simpang ampat albion melakukan regangan di tebing rumah hawa tonggek...kelihatan dak kepet melakukan lompat bintang smbil mulut penuh dgn goreng keledek...pengadil perlawanan saudara harun altintop mengarahkan penjaga garisan utk memeriksa jaring gol takut2 kalau pak itam si penjaga padang jaring ikan seperti perlawanan yg lalu....naning rovers menyarung jersi kuning tajaan taman buaya melaka manakala simpang ampat albion menyarung jersi merah batik2 sumbangan dak khai...
+++++++++++++++++++
prittttttttttttt....saudara harun altintop memulakan perlawanan tepat jam 5.17petang dgn diiringi sorakan gemuruh...di sini sedikit rangkuman aksi perlawanan hari itu...
minit ke-3
rembatan kencang dak adam tepat ke dakapan penjaga gol naning rovers dak kepet
minit ke-5
penyerang naning rovers, dak jopon dijatuhkan betul2 di luar petak penalti dgn begitu kasar...pertahanan simpang ampat albion dilayangkan kad kuning pekat
minit ke-6
sepakan percuma dak ipin tepat ke sidemirror motor uncle bala...kelihatan uncle bala memaki sidemirror motonya dgn bahasa ibunda
minit ke-10
dak kepet senang lenang mencari jarum emas di sekitar kawasan gol...ball possesion perlawanan...naning rovers 90% manakala simpang ampat albion 10%...corak bertahan simpang ampat membuatkan naning rovers pegang bola lama...
minit ke-15
permainan 1-2 antara brader zul dan dak long nyaris menghasilkan gol utk naning rovers...sayang sekali sepakan gunting dak long meliar ke laman rumah haji dobot
minit ke-24
serangan yg amat rare dilakukan simpang ampat...bola hantaran jauh tepat ke sayap kiri...hantaran lintangnya mudah ditangkis oleh dak kepet menggunakan keting..kelihatan penonton yg tidak berpuas hati dgn mutu permainan sayap kiri itu membaling karipap ke arah beliau dan ada juga antara mereka yg membuat tarian agogo tanda menganjing...
minit ke-30
kelihatan dak ben dan rakan2 memecut motosikal di jalan kampung berhampiran padang...nmpak gaya moto dak ben mcm xboleh pegi...industri rempit semakin berkembang pesat di kawasan ini
minit ke-40
perlawanan bnyk berlegar di kawasan tengah...corak permainan berhati2 kedua2 pasukan menyebabkan pakcik johari hilang selera utk menjamah kek lapis apolo yg dibeli khas utk dikunyah semasa perlawanan...
minit ke-45
priittttttttttttt prittttttt....harun altintop meniup wisel separuh masa dgn selamba walhal subkidin dh angkat board menyatakan masa tambahan selama 10minit....kesian subkidin dan boardnya
++++++++++++++++++++
ulasan oleh beberapa penonton yg sempat ditemubual oleh dak osman jailani...
"saya pasti separuh masa kedua nnti harga kebab uncle dino akan diturunkan 100xganda"- marman sankoyo,36 tahun
"ahhhhhhhhhhh....@@$#@$%@%@%%)*)"-lokman ghani,21 tahun
"penyelang no 10 naning lovers halus dipelintah keluar padang kelana bertindak menanyakan pengadil jam sudah pukul belapa ketika perlawanan sedang hangat berlangsung"-ban kah cai,45 tahun
"arini ramai jugak awek yg mari2 turun padang...nyesal xmain bola dari dlu"-mat tonde,umur dirahsiakan
"cilaka punya ipin...itu gol sikit punya besar dia lagi mau target saya punya sidemirror ka....lu sini mari"-uncle bala,umur baya2 bapak gua
"kebab kebabbbbb....beli dua dapat 5.."-uncle dino,tingkatan 5 tahun 64
kelihatan penonton mengambil peluang hisap rokok dan buang air di sekitar pokok berhampiran....
+++++++++++++++++++++++++
pritttttttttttt
separuh masa kedua bermula....
minit ke-50
pertahanan naning rovers,dak black dilayangkan kad merah kerana menungkai penyerang prolifik simpang ampat,dak khai...pengadil tidak teragak2 memberi sepakan penalti kepada simpang ampat albion....nmpak gaya ada gol game nih
minit ke-51
penonton mula membanjiri belakang gol...ade yg pegang duit 10hinggit...tidak kurang juga yg membawa kemeyan utk memastikan tendangan itu tersasar...dak kepet kelihatan tenang utk menempuh situasi itu
minit ke-53
sepakannnnnnnnnnnnnnnnnn......owwhhhhhhhhhhhhhhh
minit ke-53.5
owwwhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......huarrgggggggggghhhhhhhhhhhh
minit ke 53.8
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.........
minit ke-54
cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......huarrgggggggggghhhhhhhhhhhhh.....tendangan kencang ke sudut kiri gol diselamatkan oleh dak kepet menggunakan sebelah tangan....kelihatan penyokong simpang ampat yg amat marah memasuki padang dan secara bergilir2 memaki penendang itu dan tidak ketinggalan juga ada yg menyumbat karipap tanda tidak sangka....adakah ini turning point utk naning rovers
minit ke-60
naning rovers membuat pertukaran pertama dgn memasukkan K jayamari menggantikan abg koperal..pertukaran taktikal dilakukan oleh jurulatih naning rovers,saudara kadir ala kadar
minit ke-64
penyerang simpang ampat mensiasiakan peluang yg terhidang...tap in mudah yg dilakukan zaidi jamal melambung tinggi memasuki sarang burung walet saudara zambori di belakang gol...penyokong simpang ampat nmpak kurang berpuashati dgn zaidi jamal
minit ke-70
kelihatan pakcik saad dan makcik munah mengayuh basikal keluar dari perkarangan padang....mungkin mutu permainan anaknya tidak seperti dijangka
minit ke-75
naning rovers membuat serangan dari tepi...lintangan oleh apis imam...tandukan tipis dak ipin.....gollllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.....ohh sayang sekali penjaga garisan mengangkat bendera offside...segelintir penyokong naning rovers berkelahi dgn penjaga garisan itu sehingga terpaksa digantikan dgn penjaga garisan simpanan karena kecederaan teruk di rusuk dan celah peha....
minit ke-77
kelihatan hasbulah awang dan org rumahnya dtg memberi sokongan kpd abg koperal...sayang sekali hajat mereka tidak kesampaian karena abg koperal sedang enak makan bakso di gerai man belut bersebelahan padang
minit ke-80
sepakan percuma tidak terus diberikan kpd simpang ampat hasil kebijaksanaan hai-o,pemain berteknologi nano membuat aksi terbentes buku lali sendiri
minit ke-82
tendangan percuma diambil ah kau, seorang peniaga cako di pasar malam sekitar lubuk cina dan geduhom
minit ke-83
ah kau mengambil step ala2 ronaldo...napas ditarik dalam...kaki ditunjit sikit dan kangkang...bola diletak dan kepet sibuk mengemaskan benteng....penyokong naning rovers mula tidak senang duduk kerana tau kemampuan kaki kiri ah kau yg berbisa itu...
minit ke-84
sepakan diambil...bola terbias dannnnnnnnn........golllllllllllllllll...cukup menarik saudara sepakan itu...sepakan lencong yg terbias di kepala pengadil harun altintop menerjah di penjuru jaring....dalam keadaan separa nyanyok pengadil membenarkan jaringan sendiri beliau itu sambil bantahan tegas dilakukan pemain naning rovers....balingan botol mikong dan kebab perisa ayam menghujani padang...penyokong simpang ampat berjoget riang manakala penyokong naning rovers mula membakar gerai uncle dino yg merupakan ketua sorak kelab penyokong simpang ampat albion atau singkatannya KEBAB
minit ke-87
penyokong naning rovers mula beransur pulang kerana yakin tiada kebangkitan bakal berlaku...saudara kadir ala kadar mula terasa bahang kerana jawatan sebagai jurulatih naning rovers di hujung tanduk
minit ke-89
pertukaran kontroversi dilakukan oleh kadir ala kadar....penyerang veteran era chow kwai lam,saudara taruni @ teruna dimasukkan menggantikan penjaga gol berwibawa, dak kepet mengundang sedikit kegusaran di kalangan pengulas bola sepak naning rovers yg rata2 merupakan rakan facebook akbar saari....
minit ke-90
sepakan lemah sweeper simpang ampat rovers, saudara shukur jipang tepat ke dakapan saudara taruni@teruna wlaupun tangkapannye tidak begitu lekat...ini merupakan cap yg ke-781 utk taruni@teruna...beliau sudah masak dgn corak permainan budak2 zaman sekarang....zaman2 bola tango dah lama berlalu
minit kecederaan ke-1
man klen menjerit meminta bola di kawasan tengah...taruni@teruna nmpak peluang yg terhidang dan trus melakukan sepakan gol yg boleh kate padu jugak...klepommmmmmm....kuat betul tendangannya....bola melambung tinggi dan pergi jauh...
minit kecederaan ke-2
bola masih diudara...kelihatan penjaga gol simpang ampat nmpak tenang menanti bola itu turun....tibe2...seekor burung kenyalang telah terbias bola itu di udara dan mematikan langkah penjaga gol simpang ampat.....bola menerjah lembut ke jaring...."massuukkkkkk"...hasbulah awang tidak dpt menahan keinginan utk mengulas wlaupun dh pencen due tige tahun lepas kalu xsilap....taruni@teruna memberi kucupan terbang kepada si kenyalang yg dibalas dgn kenyitan mata...
azan maghrib
pengadil perlawanan meniup wisel penamat dalam keadaan hujan renyai2...perlawanan berkesudahan dgn terikat 1-1
ulasan dari para penyokong...
"ade timbal balik x" shahnin,seorang pereka gaun bersalin
"simpang ampat albion main pkai bomoh" asyikin,pembalak haram
"ref kayu.." daniel awang,pelumba kelas 125cc
"linesman buto.." sharkawi jirim, pelakon drama radio era 80an
"naning rovers perlukan kapten berkaliber.." maulud, pengimpal dandang
"no comment.." fazilah, penjawat awam
"malam ni ade siaran tertunda game ni x.."mat shah, line leader kilang papan
"kebab uncle dino xboleh pegi jauh.." wan bubugadush, tukang ikat batu
"hasbulah awang dh lame pencen ke.." zaharil, penuntut ipts
perlawanan pun tamat....GAME OVER

bola yg digunakan utk perlawanan itu hari berjenama swarzenbach
No comments:
Post a Comment