musim cuti sekolah 1992 bermula dengan jayanya. sedang sibuk tora dan dingdang mempromosi permainan terbaru mereka, 5 sekawan ini bersemangat utk meneruskan cita2 mereka menawan gunung datuk. 5 sekawan itu adalah :
1. nazir mad aris@ringgo (ketua darjah berani)
2. nazeri rasid@dak berk (puak pelampau sekolah)
3. sari maulud@mulop (jelmaan param)
4. rozaidi jamal@zaidi (ahli sukan )
5. arifin hamza@ipin (ketua pasukan bola)
masing2 membuat persiapan rapi menjelang ekspidisi 5hari 4malam itu. keperluan makan seperti megi, biskut tongkat, beras, gula, garam dan tepung kfc disediakan awal. basikal diservis dengan baik untuk mengelakkan sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan nanti. tidak dilupa juga kesihatan badan masing2. 5 sekawan ini akan berlari keliling padang 10 round setiap hari dan mengamalkan diet telur separuh masak setiap pagi untuk memastikan stamina berada pada tahap terbaik. kesimpulannya mereka memang sudah bersedia menawan gunung datuk.
di hari bertolak...
seperti yang telah dijanjikan, mereka semua berkumpul di warung pak ujang tepat jam 8 pagi. spirit nak menawan gunung datuk cukup tinggi di kalangan mereka. mereka hendak merasai pengalaman mandi sungai, makan nasi masak sendiri, tidur atas daun kering dan juga menangkap tokek jika ada rezeki. perjalanan dimulakan dengan penuh gembira. dak berk bersiul2 gembira sambil mengayuh basikal. tidak kurang juga zaidi yang menyanyi lagu rock sepanjang perjalanan. kira2 20 minit kendian mereka pon tiba di kaki gunung datuk. masing2 tidak sabar hendak ke puncak, kecuali mulop. dia nampak termengah2 dek kerana kuat minum ais. lepas take 5 ala kadar, 5 sekawan ini meneruskan pengayuhan ke puncak. jarang anak melayu mengayuh ke puncak ni. zaman 1992 basikal prewell mati tengah top kat kampung aku ni. bayangkan kayuh prewell mati naik gunung, power tak 5 sekawan ni?
di atas gunung...
tibanya di puncak, mereka semua menjerit girang. kepuasan terserlah di wajah mereka. tak sangka puncak gunung datuk telah ditawan. lebih manis dengan basikal prewell mati. dengan tidak membuang masa, 5 sekawan ini terus terjun ke sungai untuk menyejukkan badan yang panas dan hamis. 5 sekawan berenang sepuas2nya. dipendekkan cerita, lepas berenang semuanya lapar. ringgo selaku ketua ekspidisi telah memecahkan mereka kepada tugas masing2.
ringgo selaku ketua@mando
zaidi selaku tukang masak
mulop selaku pencari kayu kayan
dak berk selaku pembuat tungku
ipin selaku tukang basuh dan bersih
masing2 mula membuat kerja. ringgo memerhati dari jauh sambil mengunyah biskut tongkat. zaidi sibuk mencuci beras di sungai. dari celah pokok baobab kelihatan mulop membawa seikat kayu kayan utk dibuat bakar. dak berk pula awal2 lagi dah siap membuat tungku dari batu sungai. dan ipin mengambil peluang untuk tidur sekejap sementara menunggu masak.
tiba-tiba...
zaidi : woiiiii sapa ada mancissss!!!!!!
semua kecuali zaidi : geleng2 kepala dan pandang sesama sendiri
zaidi : tertunduk lesu sambil garuk kepala
.........
pengembaraan 5hari 4malam itu dipendekkan kepada setengah hari dan xsampai malam kerana mulop dah lapar nasik dan dak berk nak balik tengok kartun kat rumah.
cerita habis
No comments:
Post a Comment