amran sapjan, pelopor scene kompang di kampung gua nampak sibuk semenjak dua ni. jemputan beraksi di majlis kahwin cukup banyak hingga dia terpaksa memasang PR utk menguruskan aktivitinya. satu hari datang sepasang mempelai yang ingin melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi ke terataknya. dek kerana tempahan sudah penuh amran terpaksa menolak permintaan pasangan mempelai itu. kerana tidak boleh terima hakikat dan sedikit rasa frust di hati, pasangan itu sanggup bayar double utk cuba memancing amran memenuhi permintaan mereka. amran bukan sembarangan lead kompang. dia ada misi, visi dan pegangan hidup. sekali lagi dia menggelengkan kepala menolak pelawaan itu. pasangan itu semakin frust. tarikh perkahwinan sudah hampir, semua sudah lengkap. hantaran dah siap, makan2 dah order, baju kawin dah test, angkat nikah dah training siap2, soalan2 spot yg bakal ditanya tok kadi telah dilatih tubi, rekod dah tempah.
kerana dah xde modal nak pancing amran, pasangan itu pon pulang dengan muka sebek masing2. sebelum pulang mereka sempat pas kad kawin menjemput amran ke majlis mereka. baru 5 tapak pasangan itu melangkah tiba2 amran bersuara...
amran : kau adik wahida ke?
pengantin pempuan : haah, apsal amran?
amran : ohhh mannnn
pasangan : ????? dan blur sikit2
amran : ok aku kompangkan majlis kau
pasangan : senyum dan angguk2 sakan
2 hari sebelum majlis perkahwinan pasangan itu :
amran : tar kau nk job x?
taruni sabtu @tar : nak kalau kau nk bagi
amran : kali ni job kau senang je
taruni sabtu : aku tau la paluan aku xpower macam kau...kau sindir aku ye meran
amran : kesitu pulak kau...kau nak ke tidak
taruni sabtu : nak2 (muka nak kena pelempang)
amran : nah amek CD ni
taruni sabtu : buat apa CD ni...ade video resling ke dalam ni
amran : kau tolong miming masa majlis adik wahida ni ye...aku bayar kau double
taruni sabtu : ape barang double, triple kalu aku on
amran : ok2
taruni sabtu : ape lagi hulur laa
di hari perkahwinan adik wahida...
kelihatan taruni and the kompangs (grup kompang taruni sabtu) bertungkus lumus memukul kompang mengikut rakaman amran. ternyata hadirin tidak sangka dengan skill taruni and the kompangs yg berada pada tahap tersendiri. semenjak itu taruni and the kompangs dapat banyak job. tv3 pon panggil taruni ke majlis anugerah juara lagu selaku opening act kepada bangfes. amran berjaya memperisterikan wahida dan duduk di kampung rilek2 sambil makan royalti dari jualan tiket konset taruni and the kompangs. dengar cerita taruni dah mula main cinta dengan seorang artis suam2 kuku. desas desus menyatakan taruni nak bergerak solo. boleh ke main kompang solo?
ps : amran sapjan gemar menonton national geografi jika ada masa senggang
No comments:
Post a Comment