Muka surat

Monday, October 10, 2011

pintu doremon

"sekilo bayam tetaplah sekilo jugak
setandan pisang tetaplah setandan jugak
sebakul durian tetaplah sebakul jugak
sepiring jering tetaplah sepiring jugak
sepinggan nasik tetaplah sepinggan jugak
setangkai petai tetaplah setangkai jugak"

......satu hari yang hening

nordin ahmad dan mak enon telah meminjam pintu masa doremon utk ke masa hadapan. berikut adalah perbualan antara mereka :

doremon : apa yang hendak dibuat ke sana?

mak enon : aku teringin hendak berjumpa cuchu-cuchuku

nordin ahmad : aku pula hendak melihat cherita-cherita di masa hadapan

doremon : ok jalan baik-baik

mereka berdua : ok tengssssss

setelah menerima pintu masa dari doremon, mereka terus setkan tombol masa di pintu ke tahun 2011. tanpa membuang masa mereka terus melangkah ke masa hadapan. tibanya mereka di tahun 2011, alangkah terkejutnya mereka dengan perubahan yang berlaku. kebetulan pintu itu membawa mereka ke pekan kuala lumpur yang berstatus bandaraya. kagum mereka dengan bangunan yang ada. tiba-tiba mak enon bersuara :

mak enon : din, aku laparlah mari kita makan dahulu

nordin ahmad : marilah non, saya pon lapar juga ni

mak enon : kalau berjumpa ubi kayu sedap juga kan?

nordin ahmad : ehehehehe dan angguk

usai mereka pon berjalan mencari kedai makan. tidak sampai 10 minit mereka berjumpa kedai makan. mak enon yang agak rabun pula menyangkakan kedai itu adalah panggung odeon dek karena hiasannya yang rambu ramba. puas nordin ahmad menjelaskan kepadanya tentang kedai itu. setibanya di dalam kedai mak enon tiba2 menarik nordin ke tepi dan berbisik.

mak enon : halal ke ni din?

nordin ahmad : halal la...kenapa tanya?

mak enon : aku lihat semua india sahaja yang ada di dalam ni

nordin ahmad : cuba lihat mereka semua, kan berkopiah

mak enon : ye tak iyelah (sambil gosok-gosok mata)

bila melihat juadah mereka mula rasa lapar yang meluap-luap. mak enon yang tadi teringinkan ubi kayu terus tukar menu. nordin ahmad dan mak enon mengisi sepinggan penuh nasi dan mengambil lauk semau-maunya. rasa lapar dan keinginan mencuba resipi yang dihidangkan menaikkan lagi nafsu mereka berdua. setelah berpuas hati dengan apa yang telah diambil, mereka terus ke kaunter untuk membayar.


mamak kaunter : sumua skali 20.00 ringgit saja

mak enon dan nordin ahmad : terpaku lesu

dari kaca tv di kedai mamak itu muncul doremon dan mengejutkan semua pelanggan. tidak semena-mena doremon menjerit :

doremon : itu namanya inflasiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!

sambil berjalan lesu ke pintu masa, kelihatan mak enon sayu dan sesekali menelan air liur. nordin ahmad pula masih bingung dengan situasi tadi. sebelum melangkah ke masa lampau dia sempat berkata dalam hati :

hati nordin ahmad : aku sangkakan harganya 5sen...

ps : sekotak rokok tetap sekotak jugak

No comments:

Post a Comment