Muka surat

Thursday, December 1, 2011

bila aku pegang spanar

semalam malam aku cadang nak buat servis biasa biasa kat kereta aku dan kereta bini aku. memandangkan aku selalu kerja luar, kereta perlu berada pada tahap terbaik sepanjang masa. dah seminggu lampu minyak brek menyala. perasaan risau tu memang ada. mana la tau tengah2 memecut 150kmj di laluan kanan tiba2 kereta di depan membrek, tekan2 brek tak jadi apa2. mau kejung dalam kereta nanti. dipendekkan cerita dalam pukul 9.30mlm aku dah siap sedia nak jalankan servis biasa biasa tu. barang semua dah berada di depan mata. set spanar, air bateri, coolant, minyak brek dan sekotak rokok john bersama mancis cap superman. biasa kalau 'makonek' luar bandar macam aku ni, sebelum buat kerja tu kena amek tune dulu. dalam masa amek tune tu pekena sebatang john baru la lengkap.

aku dah planning apa yang kena buat dulu dan ape yang kendian. aku mula dengan servis radiator. aku rasa inilah tugasan aku yang paling fight sekali nak dibandingkan dengan yang lain. sebagai persediaan awal, aku telah menelaah youtube utk belajar cara menyervis radiator. dalam video tu die ade sebut pasal radiator flush. tujuan flush adalah utk membersihkan radiator dari kotoran degil dan melancarkan proses penyejukan enjin. spirit nak try buat benda ni kat kereta aku amat tinggi. mula mula aku periksa suhu radiator, bila dah pasti sejuk baru aku bukak penutup atas radiator. dalam video tu dia ada bagitau supaya buang coolant lama yg masih ada didalam radiator sebelum melakukan proses flush itu. tengah aku baru nak menyangkung amek spanar utk buang coolant tiba2 bini aku sampai bawak kopi panas dan sepinggan biskut tongkat dari dapur. lepas pekena kopi tu sudah pasti tak lengkap kalau tak nyala john barang sebatang. selesai pekena john dan kopi aku mula kerah tenaga angkat spanar. masih segar dalam ingatan aku cara melakukan proses flush itu.

dipendekkan cerita lagi, aku mula tenung radiator tu dalam2. dalam video ada cakap yang nut utk buang coolant lama tu serupa macam butterfly. aku carik butterfly nut, kejap tengok atas, kejap tengok depan, rasa xpuas hati aku baring tengok bawah pulak. satu haram butterfly pon aku tak jumpa. benda ni aku ulang ada dalam 3-4 round jugak. tapi masih tidak ketemu butterfly nut yang disebut dalam video. di depan kereta aku mula main teka teki. dalam hati aku berkata "mungkin yang ni kot...eh bukan mungkin yang ni kot...eh kena pkai playar ke skru drebar ni...gampang btol..." . bila mula mencarut dalam hati aku secara otomatik rasa xpuas hati. bagi mengelakkan dari terus buang masa, aku skip radiator dan terus ke servis yg lebih mudah iaitu isi minyak brek. tengah nak bukak tutup botol minyak brek tiba2 guruh bergema di langit. setakat bunyi guruh tu belum cukup nak ganggu kerja biasa biasa aku ni. tiba tiba...


mula2 sekor, lepas tu 10 ekor, lepas tu aku dah lost count. bak kata sadik kuzani, di mana ada hujan di situ ada kelekatu. aku dulu tak berapa ngam dengan sadik ni sebab dia sembang kencang. petua utk elak kelekatu adalah dengan menutup lampu dan nescaya kelekatu itu akan lari ke tempat lain. tanpa banyak pilihan aku terpaksa menghentikan buat seketika projek servis biasa biasa aku ni utk memberi laluan kepada tutup lampu. aku target dalam 10 minit settle la hal kelekatu ni.

setengah jam dah berlalu, kelekatu masih ramai di luar. utk membeli masa, aku main PES seround dua. dalam half time aku jenguk ke luar lagi, masih ramai lagi kelekatu di luar. dalam hati aku berkata "tak nak balik ke kelekatu ni...ini ke yang dinamakan kelekatu malam...pundek". hujan makin mengganas di luar begitu juga kelekatu yg makin ramai kat luar. dia punya ramai dah macam penyokong indon tengok bola hari tu. tapi tak ade pulak aku nampak barakuda kat luar rumah...kakakakaka. bila hujan dah makin lebat, mata pon dah makin berat. aku cadang nak baring kejap, mana la tau dalam 2-3 jam lagi hilang la kelekatu tu. part lepas baring ni aku rasa korang dah tau kot ape kesudahannya. bangkit tido aku terus mandi dan pergi kerja. kerja biasa biasa terpaksa ditangguhkan buat minggu ke 3 berturut turut atas sebab yg tidak dapat dielakkan. kihkihkih
.
.
.
.
.
.
pendidikan moral dari cerita

  1. pastikan anda menonton video kenari kalau nak servis kenari...jgn pandai2 tengok video volvo pastu nak test kat kenari...dua jentera berbeza taraf hidup
  2. jangan baring baring barang 2-3 jam ketika servis kereta, nescaya ia akan jadi 2+3=5jam
  3. minum kopi nak elak mengantuk...tipu @kencing@apa pon tak boleh@dakyah israel
  4. hantar kedai sudah

ok jumpa lagi di episod akan datang dalam rancangan mari merepair....daaaaaa



penaja rancangan

No comments:

Post a Comment