rangkuman perlawanan MU dan Celsi tadi
separuh masa pertama
perlawanan kelihatan seimbang dengan kedua dua pasukan saling berbalas tungkai. bola sentiasa berlegar di tengah dan sekali sekala terlepas ke bangku penonton. dalam penonton sebok update status di facebook kerana perlawanan yg boring, muncul dubuk liar jr menjaringkan gol yg nmpak gaya mcm tak sengaja. hingga tamat babak pertama, celsi mendahului MU 1-0
separuh masa kedua
pendekkan cerita dalam 10 minit pertama, celsi sudah 3-0 di depan. kelihatan ramai penyokong MU mula meninggalkan kedai mamak. muka masing masing kelihatan kelat kerana harapan mengejar mencester biru laut semakin tipis. di beberapa sudut kedai mamak kelihatan penyokong celsi yg berbangsa melayu, cina dan mamak mula menganjing penyokong MU dgn kata kata kesat dan berbaur perkauman. adakah celsi akan dihukum dek kerana segelintir penyokong berbangsa mamak yg menghamburkan kata kata berbaur perkauman itu?. berbalik ke perlawanan, dalam sibuk penyokong celsi mengorder air dan roti nan tandoori, tiba tiba MU sudah menjaringkan 2 gol. celsi mula nampak goyang. pengurus mereka juga tidak senang duduk. di kem pelawat kelihatan pengurus warga emas sedang sedia memasukkan beberapa penyerang utk mencari gol penyamaan dan kalau sempat gol kemenangan. antara pemain yg dimasukkan adalah k-pop park, paul the oktopus dan javier potato. ternyata percaturan itu amat berbaloi dengan keputusan perlawanan berakhir 3-3.
sementara itu, beberapa penyokong MU dan celsi telah ditemubual. di bawah adalah beberapa perbualan yg berjaya dirakam :
" pengadil kayu " - hamdan (penyokong tegar celsi dari dangi)
" mano ado penalti " - izani (true celsi sejak di bangku tabika lagi)
" gampang punyo lensmen " - rabik (org kuat celsi fc cawangan dioh)
" tores tu kau humban an yo " - mahmud (ultras celsi dari kepis)
" runi terbaekk " - mat jan (MU for life)
" evra for president" - preman (pengerusi pemuda MIC cawangan bongek)
" gua lespek sama itu levid le gear " - chin (pengusaha walit dari gontam)
sementara itu di bahagian sukan beberapa akhbar ternama di malaysia, beberapa artikel tentang perlawanan ini juga ditulis. di bawah adalah beberapa petikan akhbar tentang perlawanan ini :
berita haruan
"kebangkitan MU"
kutusan malaysian
" MU bernasib baik"
kosemok
"celsi kempunan"
new straight timing
"AVB out ASB in"
majalah kuntum
"howard webb wira MU"

keratan majalah kuntum edisi feb 2012 bahagian sukan dan ko kurikulum
ps : khabarnya pengurus warga emas telah berjaya mendapatkan pemain ini secara pinjaman dari referee united hingga hujung musim. satu langkah bijak
No comments:
Post a Comment