Muka surat

Monday, July 23, 2012

rumah kedai

jam tepat menunjukkan pukul 4 petang, tiba masanya utk awie pulang ke rumah bagi berbuka puasa. setiap kali ramadan pejabat awie akan membenarkan pekerja beragama islam pulang awal bagi persiapan berbuka. hari itu awie bercadang utk membeli sahaja juadah berbuka di PADAN (pasar ramadan) labu lanjut kerana dia malas nk memasak. di PADAN, awie telah membeli 3 jenis kuih, 3 jenis nasik dan 3 jenis air. ramai jugak org dekat PADAN hari ni. dia punya ramai sampai bergesel-gesel dibuatnya. setibanya di rumah jam sudah menunjukkan 5.00ptg. awie menyusun juadah berbuka di atas meja dan ditutup dgn tudung saji bagi mengelak dari menjadi juadah berbuka puasa semut dan lalat. selesai saja solat asar, awie pikir elok jugak dia layan tv sambil menunggu waktu berbuka tiba. bukak je tv elok pulak siri drama rumah kedai baru je start. awie pasang airkon sesedap rasa sambil bantal empuk disusun elok mengalas kepala. volume dikuatkan bagi dptkan feel drama rumah kedai itu. 

hari ni drama rumah kedai berkisar tentang pergolakan keluarga. harun salim bachik telah bertelingkah dengan sudiro sukiman dek kerana berebut seorang makwe. pertelingkahan itu telah membawa kpd pergaduhan. pergaduhan itu amat dahsyat, tumbuk menumbuk diselangi dgn sepak terajang tanpa henti. sekali sekala harun salim bachik menggunakan hikmat tempelengan lengan serigala bagi menghalang serangan tumbukan padu maut sudiro sukiman. sungguh sengit pertempuran itu hinggakan rumah kedai yusof mohamad berkecai menyembah bumi dek kerana hebatnya power yg digunakan oleh harun salim bacik dan sudiro sukiman. kerana tidak mampu menahan marah dek kerana harta benda dan kedainya musnah, yusof mohamad telah bergabung dgn kartina aziz bagi menghasilkan hikmat pancasitara pemecah kerandut bagi menewaskan harun dan sudiro. ternyata usaha itu berhasil. harun dan sudiro terus lenyap dari alam rumah kedai dan wataknya telah digantikan oleh man belon dan afifi firdaus.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kelihatan awie sedang elok menyedut rokok john sambil sesekali buat bulat. jam menunjukkan 5.45am dan waktu sahur akan tamat dalam 10 minit lagi.  3 kuih, 3 nasik dan 3 air yg dibeli di PADAN semalam telah selamat dihumban ke bakul sampah terdekat....power jugak mimpi awie tadi...sampai harun salim bacik pon boleh buat hikmat tempelengan serigala...power jugak si awie ni...boleh buat hikmat tido mati tanpa batasan...power2

salah satu scene dalam mimpi rumah kedai awie


ps : jgn tido lepas asar

No comments:

Post a Comment